Konsultasi Website Butik
Sesi Konsultasi Pembangunan Laman Web

Pengesahan Keperluan Laman Web Butik

Sesi ini bertujuan mengesahkan keperluan laman web anda, merangkumi jenis website, domain dan hosting, email rasmi, fungsi yang diperlukan serta anggaran kos.

1

Keperluan 1

Jenis website yang anda perlukan?

Lihat contoh kedua-dua jenis website →

2

Keperluan 2

Adakah anda memiliki domain dan hosting?

Domain = alamat website

www.namabutik.com.my

Nama yang pelanggan taip untuk cari website anda. Seperti alamat kedai. Diperbaharui setiap tahun.

.com.myDomain Malaysia. Pelanggan tahu butik beroperasi di Malaysia. Biasanya perlu dokumen pendaftaran syarikat (SSM).
.comDomain antarabangsa. Sesuai jika mahu menjual ke luar negara. Tidak perlu dokumen syarikat, dan selalunya lebih murah.

Hosting = pelayan (server) yang menempatkan website

Seperti premis kedai

Ruang di pelayan yang menempatkan semua fail, gambar dan pangkalan data website supaya boleh diakses 24 jam.

Saiz dan harga hosting ditentukan mengikut jenis website. E-commerce dan sistem booking memerlukan hosting yang lebih besar berbanding company profile.

Hosting perlu diperbaharui (renew) setahun sekali.

Domain dan hosting perlu diperbaharui (renew) setiap tahun. Harga hosting bergantung pada jenis website. E-commerce perlukan hosting yang lebih besar berbanding company profile.
Buka carian rasmi
Butang ini membuka carian rasmi: MYNIC untuk domain .my / .com.my, dan Whois.com untuk .com. Keputusan dipaparkan di laman tersebut.
3

Keperluan 3

Adakah anda memerlukan email rasmi perniagaan?

info@namabutik.com.my

Email menggunakan nama domain perniagaan sendiri. Ia mengukuhkan imej profesional dan keyakinan pelanggan berbanding email peribadi seperti Gmail.

4

Jika pilih Company Profile

Kandungan website company profile

Tandakan page yang diperlukan.

UtamaGambar utama dan pengenalan ringkas
Tentang KamiKisah dan pengalaman butik
KoleksiJenis pakaian dan perkhidmatan
GaleriGambar pelanggan dan majlis
HubungiWhatsApp, alamat dan waktu operasi

Lihat contoh company profile →

5

Jika pilih E-commerce

Fungsi apa yang diperlukan?

Jualan online (troli & checkout)

Pelanggan pilih baju dan beli terus.

Sistem booking

Pelanggan pilih tarikh sewa atau fitting.

Payment gateway

Bayar online melalui FPX, kad atau e-wallet.

Booking melalui WhatsApp

Butang tempah terus buka WhatsApp butik.

Sync dengan Google Calendar

Setiap booking masuk terus ke kalendar telefon anda.

Lihat contoh e-commerce →

6

Keperluan 6 · Tambahan

Adakah anda ingin meningkatkan keterlihatan butik di Google?

SEO

"sewa saree Alor Setar"

Pengoptimuman enjin carian membantu website butik berada pada kedudukan lebih tinggi apabila pelanggan membuat carian di Google.

Google Business Profile

Butik dipaparkan di Google Search dan Google Maps

Memaparkan alamat, waktu operasi, gambar, ulasan pelanggan dan butang panggilan terus di Google.

Contoh ilustrasi. Paparan sebenar di Google mungkin berbeza.

SEO

SEO asas disertakan dalam pembangunan website. SEO lanjutan dikenakan caj berasingan.

Google Business Profile

Sekiranya belum didaftarkan, Web4tion boleh membantu proses pendaftaran dan tetapan.

7

Langkah 7 · Contoh

Contoh website sedia ada

Website sebenar untuk rujukan gaya dan fungsi. Bukan hasil kerja Web4tion.

8

Langkah 8 · Harga

Anggaran harga

Pilih pakej yang paling sesuai. Harga akhir ditentukan mengikut fungsi yang dipilih.

Caj lain

PerkaraBayaranHarga
Domain + HostingSetiap tahun
Email rasmiSetiap tahunIkut bilangan akaun
SEO lanjutanPakejSebut harga berasingan
Google Business ProfileSekali bayarSebut harga berasingan
Payment gatewayIkut transaksiCaj penyedia gateway
Penyelenggaraan & sokongan (jika diperlukan)BulananRM400 / bulan
Domain, hosting dan email perlu diperbaharui setiap tahun supaya website dan email terus berfungsi.
Pilihan bulanan

Penyelenggaraan & Sokongan

RM400 / bulan
Kemas kini keselamatanKemas kini sistem, plugin dan tema secara berkala.
Sandaran (backup) berkalaData dan fail website disimpan supaya boleh dipulihkan jika berlaku masalah.
Pemantauan websiteMemastikan website sentiasa dapat diakses dan berfungsi dengan baik.
Kemas kini kandungan kecilTukar teks, gambar, harga atau maklumat produk sedia ada.
Pembetulan isu teknikalMembaiki ralat atau masalah teknikal pada fungsi sedia ada.
Sokongan WhatsApp & emailBantuan dan pertanyaan pada waktu bekerja.
Laporan bulananRingkasan kerja penyelenggaraan yang telah dibuat.

Tidak termasuk: pembangunan fungsi baharu, reka bentuk semula website, SEO lanjutan dan caj domain/hosting. Perkara ini disebut harga secara berasingan.

Sebut harga rasmi akan dihantar selepas skop dipersetujui.

9

Langkah 9 · Proses

Aliran pembangunan website

Website siap dalam 3 minggu selepas semua maklumat lengkap diterima.

  1. 1

    Sahkan skop & sebut harga

    Jenis website, fungsi dan pakej dipersetujui.

  2. 2

    Hantar maklumat lengkap

    Logo, gambar koleksi, harga, saiz dan teks.

    Mula kiraan 3 minggu
  3. 3

    Domain, hosting & DNS

    Domain didaftarkan dan disambung ke hosting.

    DNS aktif dalam 24–48 jam
  4. ↳

    Payment gateway (e-commerce)

    Permohonan dengan dokumen SSM dan akaun bank perniagaan. Berjalan serentak.

    Kelulusan biasanya 1–3 hari bekerja*
  5. 4

    Reka bentuk

    Paparan ikut identiti butik untuk kelulusan.

    Minggu 1
  6. 5

    Bina website & isi kandungan

    Page, koleksi, booking dan bayaran disambungkan.

    Minggu 2
  7. 6

    Ujian & latihan

    Uji tempahan dan bayaran, latihan ringkas urus website.

    Minggu 3
  8. ✓

    Website dilancarkan

    Website aktif dan boleh dikongsi kepada pelanggan.

*Tempoh kelulusan ditentukan oleh penyedia payment gateway dan boleh lebih lama jika dokumen tidak lengkap.

✓

Ringkasan

Keperluan website butik

Tiada jawapan lagi.
RM

Sebut Harga

Jana sebut harga

Sebut harga dijana terus daripada pakej, harga dan pilihan yang ditanda di atas.